Kenali Kami g-94

Friday, June 10, 2011

Sahabatku? cintakah kau pada palestin?


Au'zubillahiminnasyaitonirrajim.. bismillahirrahmanirrahim... semoga kita dibawah payungan-NYA.. dipelihara daripada ganguan syaitan yang direjam.. ameen!
Entah kenapa, hari ini terdetik untuk buat post pasal palestin. Peristiwa hari ini banyak mendesak penulis, peristiwa erm.. MCD yg membuatkan hatiku hancur!... erm.. kuliah maghrib di radio terengganu fm. Mungkin ini yang mendesak.


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Palestin...!! Palestin..!! Laungan untuk Palestin.. Ah! Wahai Sahabati.. Zumalaii.. kalian mengaku CINTAkan Palestin?? sudahlah! kalau cuma ungkapan itu secebis dari kemunafikan!!


Masjidil Aqso, tempatnya di mana?? yaaa.. semua tahu.. di Palestin! Masjidil Aqso adakah cuma amanah untuk rakyat palestin?? TIDAK SAMA SEKALI.. Masjidil Aqso amanah kita!! Amanah setiap Muslim! Masjidil Aqso, qiblat pertama. Masjidil Aqso tempat israk mi'raj Nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W. Disini juga tempat tumpahnya darah para sahabat nabi. Disini juga maqam anbiya'. Hebatkan?? Malangnya.... ia hampir musnah! Kita hanya melihat, berdiam diri! Oh! sungguh lemah orang Islam! Sungguh lembik Muslimin, Muslimat Malaysia.. Dijajah dari dulu hingga kini!

Peritnya pejuang! peritnya Saidina Umar Al-Khattab membuka Masjidil Aqso. Besarnya pengorbanan Salahuddin Al-Ayubbi mempertahankan Palestin! Berkorban harta.. keluarga.. nyawa! Tapi kita?? Apa usaha kita? Sungguh! Palestin perlukan kita... Amanat Salahuddin Al-Ayubbi, "Masjidil Aqso amanah kita! tanggungjawab kita untuk peliharanya!". Ya Rabbi..... Ampunilah hamba-hambaMu yg terlalu leka dengan dunia sehingga lupa pada jihad di jalan-Mu.

Apa usaha kita? Cara untuk bebaskan Palestin?? Yer! JIHAD FI SABILILLAH! "Adakah kamu rasa kamu akan masuk syurga selagi tidak bersabar dan tidak berjihad?". Sesiapa yang mati dalam keadaan yang tidak pernah berjihad.. dalam keadaan yang tidak mahu berjihad.. nescaya matinya dia dalam kemunafikan.. Nauzubillah!! Bagaimana ye? nak berjihad guane? kite dop mampu nok g palestin.. kita tak mampu untuk kesana.. jauh.. JIHAD DENGAN HARTA! dalam ayat-ayat Allah, Allah seringkali mengingatkan kita untuk berjihad dengan harta dulu, barulah disebut jihad nyawa.... Jihad dengan harta.. semua orang mampu!


Sesiapa yang bersedia untuk berjihad, dia seorang MUJAHID! sesiapa yang meninggalkan keluarga untuk berjihad.. Ubatkan tentera Islam yang tercedera dalam peperangan.. Yang sabar meninggalkan maksiat.. Yang menyeru orang untuk beribadah.. Yang mendoakan Muslim lain yang ditimpa musibah... Yang memBOIKOT barangan yahudi.. semuanya digelar Mujahid!


APA YANG MAMPU KITA LAKUKAN??????
- Pertama : Boikot!
- Kedua : Sebarkan kesedaran untuk palestin.
- Ketiga : Berkorban harta dengan menderma.

Kalau tiga perkara ini kita tak mampu nak buat.. Jangan mengaku CINTAkan Palestin!!! Palestin tak perlukan kata-kata cinta nista, dusta dari kalian!!

Sedarlah wahai Muslimin.. PALESTIN PERLUKAN KITA!! Di Palestin sekarang ni.. Pejuang ratusan ribu syahid.. menjadi tawanan perang.. cedera parah.. kita?? Israel roboh masjid, universiti, sekolah, tempat tinggal.. Ya Rabbi!! Sekarang ada 5 juta pejuang palestin yang sabar, yang gigih mempertahankan tanah air... Mereka perlukan kita.. ayuh sahabat..! Jihad fi sabilillah!!

Pesanan wanita palestin untuk wanita Malaysia... "Kami sudah korbankan segala-galanya.. suami.. anak-anak.. diri sendiri.. tapi kalian??" diceritakan bahawa.. seorang wanita Palestin.. berumur 70 tahun, meletupkan diri sendiri depan tentera israel. Kerana letupan itu, ramai tentera israel terkorban! Sahabatku.. lihatlah! bandinglah wanita ini dengan dirimu. Diceritakan lagi seorang wanita, mempunyai 5 orang anak. Kelima-lima orang anaknya dihantar untuk berjihad di jalan Allah. Seorang anaknya menjadi tawanan perang, seorang lagi cedera parah, yang lain pula syahid! Apabila ditanya kepada wanita tersebut, "Kenapa hantar kesemua anak-anakmu ke medan jihad?". Wanita ini menjawab, " Masjidil Aqso lebih mahal daripada segala-galanya!". Lihatlah muslimat! lihatlah! ini saudara kita.. semangat jihad seorang wanita! Yer, dia seorang wanita, sama seperti kita. Semangat juangnya adakah sama seperti kita?? yang lembik.. longlai tidak bermaya?? Fail exam pun menangis.. ish ish ish!! Duhai wanita Malaysia.. apa yang kamu korbankan??????



Sedikit info tentang Palestin

- 2 Organisasi besar Palestin, Hamas dan Fatah berdamai untuk buka pintu Rafah, sempadan Mesir dan Palestin

- Tahanan Hamas juga di bebaskan.

- Freedom Flotilla ke-2 akan dilancarkan, insyaAllah akhir bulan ni.

- Freedom Flotilla ke-2 ini akan menghantar banyak kapal-kapal, tidak seperti yang pertama, hanya menghantar beberapa buah kapal.

- Pada 15 Mei, telah diadakan perhimpunan pemuda-pemuda palestin yang tinggal di Syria, Jordan dan Lubnan, mereka berhimpun di sempadan negara-negara tersebut untuk memberi tekanan kepada Israel.


Wahai kaum Muslimin.. Palestin perlu sokongan kita.. Palestin perlu sumbangan kita.. apa salahnya berkorban sedikit untuk palestin?? kalian punya mata kasar, juga punya mata hati.. Nilailah sendiri!!