Kenali Kami g-94

Saturday, May 15, 2010

BUAT YANG SEDIH DALAM DUGAAN...

hati ini,
bak mawar merah yang kembang di pagi hari,
jangan sesekali dikeji,
jangan sesekali dikotori,
dengan segala habuk debu cobaan Ilahi..

tetapi,
hiasinya dengan sayap hati,
sayap kanan ibarat kesabaran,
sayap kiri umpama kesyukuran..
agar nanti,
hati bisa terbang tinggi,
dalam mencari redho Ilahi...


Ya sodiqoti,
bersabarlah dengan setiap dugaan hari ini,
bersyukurlah dengan segala nikmat ini,
sesungguhnya ada hikmah yang tersembunyi,
yang membawa kita pada kerendahan hati...

Friday, May 14, 2010

ayuhlah wahai muslimat...


ingatkah dikau di mana di dalam sejarah,sepasang mata menjadi hadiah??
_kenapa kau mengikutku..?
+aq tertarik dengan kecantikkan matamu...
jawapan yang cukup angkuh namun mengundang seribu sesalan bila bungkusan merah diterima ditangan...(iaitu sepasang mata...)
muslimat,contohilah wanita itu..
bukan dengan mencungkil mata tetapi dengan menjaga peribadimu...
benar wanita itu menemui ajalnya,
namun diiringi redha Ilahi...
dan keinsafan seorang lelaki yang akhirnya menjadi sufi..
Muslimat,
begitulah jalanmu...
begitulah perjuanganmu..
tundukkanlah pandangan..
keraskanlah suaramu..
seruiskanlah perwatakanmu..
tampilkan ketegasanmu..
bila masa kau di depan atau belakang..
atau dikiri dan kanan lelaki...
walau atas apa alasan sekalipun..
kutuk keegoan mereka..
bangunkan mereka dari mimpi yg tiada kesudahan..
jelaskanlah dengan amalanmu..
bahawa percampuran bukan caranya...
bahawa keseronokan adalah palsu...
bahawa disini tiada kebahagiian..
hanya kehancuran..
mulimat,
inilah jalanmu...
lalu kau akan melihat dikalangan remaja ini...
akan lahir Rijaludin berjiwa pejuang!
sebagaimana lahirnya..
sebagaimana bangkitnya...
da'ie bernama Hasan Al Basri...
bila sepasang mata menjadi hadiah...


4ward by:mrs. radiohead

bulan 8 di kuantan

kisah dulu kala
bila hati jatuh cinta
ku terkenang raut wajah
bila pejam mata

tawa riang ubat duka
ku terkenang kau disana
lagu ini aku gubah untukmu
oh sayang...

hati ini mula bosan
cintaku padamu bulan
bilan lapan di kuantan
(kuantan3)

kasihku oh sayang ku
kucinta kepada mu

netball


KRIS 2010



Khas untukmu insan yang bergelar pendidik....

Masih jelas diminda
bisikan suaramu..memanggil
Di situ langkahku bermula
mengejari cita..kau disisi
Lantas ku utuskan
lagu untuk menyatakan
terima kasih gurukerna hulur tanganmu
ku menghargai setulus jiwaku
bicaramu guru
kan ku ingat selalu
menjadi azimat
hingga ke akhirnya
Guru..ibarat pelita
sentiasa menyinar
kamar hidupku..
Guru..kau pewaris ilmu
mendidik diriku
hinggaku berjaya
Andai diberi peluang
inginku terbang tinggi
di awangan kanku petik
bintang-bintang
ku jadikan hadiah untukmu
moga tuhan merahmatimu
Terima Kasih..

Tuesday, May 11, 2010

Guru,cikgu.teacher,ustazah,ustaz,sir!!Semuanya berjasa...

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang mengjengah blog g-94 ini,
letihnyer!!!!skang tgh cbuk ngan hari guru pastu prekse pulok....takpe3x ni semua tadhiyyah Insya-Allah,kami sume bleh prekse dgn tenang dan dapat result yg gempak strusnye mantop.....Amin.Mmg susoh liku-liku hidup bglr khalifah.mcm-mcm org kater.Kalu bri tazkirah ade yg perli nok2 org yg kras kpale mcm ******.moge2 Allah lmbutkan hatinyer utk mnerime tarbiyyah.kita tak boleh paksa orang untuk berubah,kita hanya boleh berusaha untuk merubah diri seseorang dan yang selebihnya itu serahlah kepada Allah Rabbul Izzati.Smoge warga Shams terhibur ngan Hari Guru kali ini. Sgala kekurangan hrap dimaafkan.Sekian saje utk kali ini.Annyonghasaeyo......ilal liqo'

Mujahidah....Teruskan Mujahadahmu

Wahai mujahidah,
Bila ku melihat semangatmu yang berkobar-kobar
Hatiku pun ikut tercabar
Tercabar kerna ingin menjadi sepertimu

Kental semangatmu tidak disangsi
Tidak mengenal apa erti putus asa
Setiap kekurangan cuba kau perbaiki
Setiap kelemahan cuba kau atasi
Setiap kesilapan cuba kau hadapi

Aku bangga melihatmu
Seorang mujahidah yang berjuang
Demi untuk menolong Tuhanmu
Dan menjunjung sunnah nabimu

Halangan, cabaran, tohmahan kau tolak ke tepi
Semakin dicaci semakin teguh kau berdiri
Usahkan mundur
Setapak pun tak mungkin berundur
Sucinya hatimu wahai mujahidah

Seluruh masa, harta, tenaga dan usahamu
Ikhlas kau salurkan untuk-Nya
Keyakinanmu untuk mengembalikan
Islam kembali Pasti menjadi realiti
Hakikat itu pasti terjadi

Walaupun mungkin hayatmu tak kesampaian
Untuk menatap saat-saat kegemilangan
Namun itu bukan penghalang bagimu
Perananmu sudah kau laksanakan
Terserah kepada yang Esa untuk menentukannya
Berusahalah dan teruslah berusaha
Serahkan hasilnya kerana ia milik-Nya

Usah disesali harta yang telah kau infakkan
Usah ditangisi masa yang telah kau sumbangkan
Keyakinan terhadap janji Tuhanmu
Penawar bagi segala kedukaanmu

Syurgalah tempatmu
Istanamu teguh berdiri di sana
Para anbiya dan sahabat teman bicaramu
Pakaian indah pembalut tubuhmu
Makanlah dan minumlah semahumu
Semua untukmu Hanya untukmu
Yakinlah wahai mujahidah tercinta

Monday, May 10, 2010

Allah Tujuan Kami....

Alllahu Akbar…

If you ask me about love
And what i know about it
My answer would be
It’s everything about Allah
The pure love, to our souls
The creator of you and me,the heaven and whole universe
The one that made us whole and free
The guardian of HIS true believers
So when the time is hard
There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

HE bring ourselves from the darkness into the light
Subhanallah praise belongs to YOU for everything
Shouldn’t never feel afraid of anything
As long as we follow HIS guidance all the way
Through the short time we have in this life
Soon it all’ll be over
And we’ll be in His heaven and we’ll all be fine

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

Allahu Akbar…

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And he knows what’s in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

Allahu Akbar…

Selamat Hari Ibu buat semua ibu di dunia ini...We love you all!!!..

Dari Abu Hurairah R.A:

Datang seorang menemui Rasulullah S.A.W dia bertanya, “Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling layak untuk bergaul dengan paling baiknya?” “Ibumu” Baginda S.A.W menjawab, “Kemudian siapa?”, “Ibumu”, “Kemudian setelahnya siapa?”, “Ibumu”. Untuk kali berikutnya orang itu bertanya lagi, “Kemudian siapa?” “Ayahmu” jawab Baginda Rasulullah S.A.W
.


Berbuat baiklah dengan kedua ibu bapa kita sewaktu hayat mereka kerana keredhaan Allah datang selepas kerdhaan kedua ibubapanya!



Cinta Daripada Pandangan Imam Al-Syafie


Imam Al-Syafie banyak memberi pedoman dalam memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu berkongsi suka duka bersama. Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah, katanya:

“Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.

Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.

Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku.

Ku kunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia".


Imam Al-Syafie turut meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan membawa ke arah kebaikan dan begitu sebaliknya. Katanya:

“Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat.

Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras. Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.

Seseorang itu juga dapat menundukkan musuhnya dengan menunjukkan rasa persahabatan".

Imam Al-Syafie dalam hal ini berkata:

“Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan.

Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.

Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.”